Saturday, June 23, 2012

Jemel


Assalamualaikum
Kelmarin tengah seronok bercerita dengan Hyd tetiba dapat call dari Zura
Zura call nangis nangis. Aku macam 'kenapa ni?!'
Zura cakap 'Jemel dah mati kena langgar depan rumah!'
YaAllah! 
Terus melalak kat situ jugak
Baru sehari aku tinggalkan Jemel dengan harapan bila aku balik nanti Jemel ada sambut aku
Masa aku dah nak pergi pun Jemel sibuk mengendeng. Before aku naik van aku cium dia gila gila
Mungkin sebab dia tau dia dah nak pergi and aku macam berat hati nak tinggalkan dia
Dulu Debab :' then tak cari kucing lain after Debab hilang
Sampai lah jumpa Jemel sebab Hani bawak balik rumah

Ingat lagi aku Zura dengan Saa balik dari class tengok dia basah gila
Rupanya jatuh longkang. Busuk satu badan
Aku tak menyempat nak bukak tudung terus angkut Jemel masuk bilik air mandikan dia
Wangi je dia lepas tu :')
Sampaikan bf Yan pun bagi makanan kucing kat kteorg suruh bagi Jemel

Semua orang sayang Jemel

And still ingat dia sibuk nak mengendeng dengan aku jilat jilat jari haha
Siapa nak cium lagi :3
Zura dah kena dah cium dengan Jemel

Tapi nak buat macam mana
Lepas ni memang bertahun lah nak bela kucing baru
Takkan sama dengan Jemel
Mungkin dia tau aku sayang dia sebab tu dia tak mati masa aku ada
Ya dia mati kena langgar depan rumah. Sehari selepas aku pergi

Btw
Mula mula nama dia Mutad. Aku tak suka
Aku tukar nama dia anjeomell. Macam panjang pulak
Then aku dengan Saa terus singkatkan jadi Jemel. Combination Anje + Omel
Kalau boleh dengan semua orang aku nak tunjuk Jemel
Raja dah tengok Jemel. Zul pun dah

Orang kata kucing ada 9 nyawa

Jemel :'(

Sunday, June 17, 2012









I was trying to fly
But I couldn't find wings
Then you came along
And you changed everything











Happy Father's Day


Assalamualaikum

Happy Father's Day!
Aku confuse lah 16hb ke 17hb?
Haha pakai hentam je

Ayah
Walaupun jarak memisahkan kita
Aku tetap anak Ayah dan aku tetap sayangkan Ayah sehingga nafas terakhir aku
Past is past
Aku still ingat lagi kalau dulu dapat report card terus tunjuk Ayah tak tunjuk Mama hehe sebab takut :D
Kalau ada kucing baru yang comel kat pasar, Ayah mesti tunjuk kat aku sebab Ayah tau aku suka kucing :)
Paling best balik rumah je dah ada sangkar arnab kat belakang. Ayah belikan dua ekor arnab untuk aku!
Ayah pun tau aku suka makan buah. So tiap kali Ayah balik mesti Ayah beli buah :)
And yang pastinya aku tak pandai potong buah dengan murtabak -____- Ayah jugak yang kena buat

Tapi sekarang semua aku kena buat sendiri
Since Mama dengan Ayah jodoh tak panjang. Aku duduk dengan Mama
Itu tak bermakna aku lupakan Ayah
Selalu lepak rumah Ayah. Borak borak dengan Ayah
Kalau gaduh dengan Mama then pergi jumpa Ayah, tak sempat cerita apa lagi Ayah dah tau apa yang jadi
Lepas tu kalau nak cerita kat Ayah mesti tak boleh. Confirm menangis! Haha
 Aku lebih banyak ikot perangai Ayah
Muka aku pun ikot Ayah

Dan itu tak bermakna Mama bukan segalanya buat aku
Ayah dengan Mama dunia aku
Dua dua adalah kekuatan aku :)
Kalau tak ada dua insan ni mana lah aku nak lahir hikhik

Ayah
Anis akan jaga Ayah sehingga akhir ayat Anis :)
Kita akan berkumpul lagi sebagai satu keluarga nanti di sana. Insyaallah!
Anis sayang Ayah 


Wednesday, June 13, 2012








Orang yang kita selalu HAHAHAHAHA terus jadi macam stranger
Kenapa ya?
Takkan sampai graduate nak macam ni?
Wowww sangat lah tak seronok
Rindunya nak having conversation dengan dia :'







 






I've never gone with the wind  
Just let it flow 
Let it take me where it wants to go 
 Till you open the door  
There's so much more I've never seen it before







 

Us :)