Saturday, June 23, 2012

Jemel


Assalamualaikum
Kelmarin tengah seronok bercerita dengan Hyd tetiba dapat call dari Zura
Zura call nangis nangis. Aku macam 'kenapa ni?!'
Zura cakap 'Jemel dah mati kena langgar depan rumah!'
YaAllah! 
Terus melalak kat situ jugak
Baru sehari aku tinggalkan Jemel dengan harapan bila aku balik nanti Jemel ada sambut aku
Masa aku dah nak pergi pun Jemel sibuk mengendeng. Before aku naik van aku cium dia gila gila
Mungkin sebab dia tau dia dah nak pergi and aku macam berat hati nak tinggalkan dia
Dulu Debab :' then tak cari kucing lain after Debab hilang
Sampai lah jumpa Jemel sebab Hani bawak balik rumah

Ingat lagi aku Zura dengan Saa balik dari class tengok dia basah gila
Rupanya jatuh longkang. Busuk satu badan
Aku tak menyempat nak bukak tudung terus angkut Jemel masuk bilik air mandikan dia
Wangi je dia lepas tu :')
Sampaikan bf Yan pun bagi makanan kucing kat kteorg suruh bagi Jemel

Semua orang sayang Jemel

And still ingat dia sibuk nak mengendeng dengan aku jilat jilat jari haha
Siapa nak cium lagi :3
Zura dah kena dah cium dengan Jemel

Tapi nak buat macam mana
Lepas ni memang bertahun lah nak bela kucing baru
Takkan sama dengan Jemel
Mungkin dia tau aku sayang dia sebab tu dia tak mati masa aku ada
Ya dia mati kena langgar depan rumah. Sehari selepas aku pergi

Btw
Mula mula nama dia Mutad. Aku tak suka
Aku tukar nama dia anjeomell. Macam panjang pulak
Then aku dengan Saa terus singkatkan jadi Jemel. Combination Anje + Omel
Kalau boleh dengan semua orang aku nak tunjuk Jemel
Raja dah tengok Jemel. Zul pun dah

Orang kata kucing ada 9 nyawa

Jemel :'(