Tuesday, April 17, 2012

Seringkali



Assalamualaikum

Aduhai sayang seribu kali sayang
Baru je lepas im dengan beliau. Mak oiiii menangis lagi
Memang macam ni ke setiap kali? Penat kot
Aku tau aku akan bagi alasan yang sama setiap kali di suruh pulang ke tanah sendiri
Wang wang wang
Itulah kebenarannya. Aku bukannya dari keluarga yang senang

'Mama nak duit! Ayah nak duit!'

Nak mintak pun aku fikir 10 kali tau tak. Aku tau itu memang tanggungjawab mereka 
Tetapi kita sebagai anak kena juga memahami mereka
Lagi lagi sekarang dah besar kan dah 19 dah

Life story semua orang tak sama. Lain orang lain ceritanya

 Cerita aku pula lain. Jangan samakan dengan cerita sesiapa
Memang ada mistake yang dilakukan sebelumnya tapi inilah hidup
Hidup anda senang, jangan lah mempertikai kehidupan orang lain
Ini yang telah tertulis. Apa yang akan jadi esok dan hari seterusnya kita tak tau lagi
Impian yang pernah aku junjung menjulang
Berkobar kobar rasanya tiap kali aku menyatakan impian aku
Tapi kini? Aku tak sanggup lagi
Mental? Bukan soal mental. Aku tidak lari jika diberi tugasan yang berat sekalipun
Ini soal hati
Hati sudah tidak tertanggung lagi

Hati kau tak kuat lah Anis!

Ya mungkin
Aku sedaya upaya melindungi hati aku daripada kekotoran
Salah kah aku bertindak sedemikian?
Aku inginkan kehidupan yang berlandaskan kasih sayang yang hakiki

Kasih sayang daripada-Nya keluarga dan sahabat. Itu sahaja

Andai impian ku itu seperti permulaan dahulu. Aku dengan berbesar hati ingin meneruskan perjalanan impian ku itu
Tidak semua tahu disebalik semua ini tersimpan 1001 cerita
Suatu hari nanti beliau akan tau mengapa aku ingin mengundurkan diri
Semua yang aku lakukan bersebab
Masih banyak lagi perkara yang perlu aku lakukan dan capai

YaAllah. Kau bantulah hamba-Mu ini
Amin