Tuesday, April 10, 2012

Hidup dan Pilihan



Assalamualaikum
Apa khabar? Alhamdulillah :)
Lately ni banyak benda yang aku belajar
Baru tadi along im aku. Dia tanya pendapat aku pasal mimpi dia
Alhamdulillah :) 
Untung dia dapat mimpi macam tu. Allah masih sayangkan hamba-Nya yang sorang ni
Masih lagi beri peringatan. Kalau lah aku dapat macam tu
Aku sebagai adik sebagai ahli keluarga dan sebagai saudara seislam dengan ikhlasnya memberi nasihat
Aku ni pun bukanlah sempurna mana tapi aku dalam usaha untuk jadi yang terbaik
Mana ada manusia yang sempurna kat dunia ni
Yang paling sempurna adalah Sang Pencipta
Hidup ni ada pilihan tau dan kita yang pilih jalan mana yang kita akan lalui
Dan apa yang menimpa selepas itu adalah akibat dari pilihan kita sendiri
Gelap yang kita pilih, gelap laa jalan kita
Dunia yang kita banggakan kini di akhir usia
Tanda tanda banyak dah tapi kita yang masih kabur
Entah kita ni antara yang terpilih atau tak menjadi penghuni syurga
Semuanya berdasarkan jalan yang kita pilih
Tak kita walau kat mana sekalipun kita berada, iman mesti teguh
Walau kawan sekalipun, kalau membawa ke jalan yang salah tak perlulah kita ikut
Kita punya akal untuk berfikir dan hati untuk menilai
Aku dalam usaha untuk mencari redha Allah dan redha mama dan ayah
Aku tak nak keluarga aku tersimpang jauh
Alhamdulillah setakat ini kami masih berada di landasan yang benar
Biarlah orang nak kata apa tentang aku
Aku pilih jalan ini, aku tanggung segala dugaan dan cabaran
Kerana Allah sememangnya suka menguji hamba hamba yang Dia kasihi