Saturday, February 4, 2012

Allah Maha Mengetahui





Allah itu Maha Mengetahui dalam segala hal
Segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya
Allah punya agenda sendiri untuk setiap hamba hambaNya
Allah memberi kita dugaan bukan untuk menghukum tetapi menguji
Seperti mana yang aku sedang lalui dan alami tika ini
Salah faham yang terjadi antara aku dan seorang teman
Sungguh aku mendoakan kebahagiaan mereka andai itu yang tertulis
Dan andai ditakdirkan dia untuk aku. Aku berjanji akan cuba mengubah segalanya lebih baik dari yang dulu
Itu janji aku. Insyaallah dengan izin Tuhan
Tapi naluri wanita aku kuat mengatakan bahawa mereka ditakdirkan untuk bersama. Alhamdulillah :)
Mereka saling menyayangi dan mencintai
Segalanya boleh dibawa berbincang andai ada kepercayaan dalam diri
Dan aku?
Masih begini. Sendiri
Mungkin ini yang terbaik. Terbaik untuk diri aku dan orang disekeliling aku
Jika aku diberi kuasa untuk putar kembali masa. Akan aku perbetulkan apa yang salah
Tetapi masa tetap terus berjalan tidak menunggu kita
Dan biarlah masa yang menentukan segala
Insyaallah :)